Sunday 7 March 2010

SPACE - Syarat Am Kemasukan

SYARAT AM
A. UMUR
Pemohon yang memohon masuk ke Universiti Teknologi Malaysia mestilah berumur 17 tahun ke atas pada tarikh pendaftaran.
B. KECACATAN

Pemohon yang mempunyai kecacatan fizikal dinasihatkan terlebih dahulu menghubungi Dekan SPACE menerangkan bentuk dan jenis kecacatan serta program yang akan dipohon sebelum menghantar permohonan. Ini bertujuan mengelakkan kesulitan yang timbul kerana kemudahan yang terbatas di Universiti ataupun keperluan program itu sendiri. Kriteria akademik yang sama akan digunakan dalam proses menentukan calon yang berjaya.

Walau bagaimanapun, bagi beberapa kursus yang dijalankan oleh fakulti berikut, pemohon yang mempunyai kecacatan seperti yang dijelaskan di bawah TIDAK dibenarkan memohon kursus berkenaan.

  1. Fakulti Kejuruteraan Elektrik
    Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Kejuruteraan Sumber Asli
    Fakulti Kejuruteraan Mekanikal

    • Buta warna
    • Cacat anggota yang menyukarkan kerja amali

  2. Fakulti Sains/Fakulti Pendidikan
    (untuk kursus Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan dan Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan)

    • Ketinggian kurang daripada 1.45cm (4ka. 9in)
    • Kecacatan yang luar biasa seperti mengeleng-geleng kepala, kelip-mengelip mata dan sebagainya.
C. KESIHATAN
Calon yang berjaya diterima masuk dikehendaki mendapatkan surat pengesahan pegawai perubatan daripada hospital atau klinik kerajaan atau swasta.
SYARAT KELAYAKAN AKADEMIK
SYARAT AM UNIVERSITI - PROGRAM DIPLOMA
i. Kemasukan Lepasan SPM / Setaraf
a. Lulus SPM/Setaraf dengannya serta mendapat sekurang-kurangnya LIMA (5) Kepujian iaitu Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia,
Matematik dan


TIGA(3) mata pelajaran lain yang disyaratkan (Sila rujuk Keperluan Khas Program)
ii. Kemasukan Lepasan Sijil / Setaraf
a. Lulus SPM/Setaraf dengannya serta mendapat kepujian dalam Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia.
b. Memiliki sijil dari Politeknik/setaraf dengannya dalam bidang yang berkaitan. (Sila rujuk Keperluan Khas Program)
SYARAT AM UNIVERSITI - PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA
i. Kemasukan Lepasan Diploma / Setaraf
a. Lulus SPM/Setaraf dengannya serta mendapat kepujian dalam Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia.
b. Mempunyai Diploma dalam bidang yang berkaitan atau kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh senat Universiti
c. Memenuhi Keperluan Khas Program
d. Mendapat Sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test(MUET)
ii. Kemasukan Lepasan STPM / Setaraf
a. Lulus SPM/Setaraf dengannya serta mendapat kepujian dalam Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia.
b. Lulus STPM dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) dalam mata pelajaran Pengajian Am dan DUA (2) mata pelajaran lain
c. Memenuhi Keperluan Khas Program
d. Mendapat Sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test(MUET)
iii. Kemasukan Lepasan Matrikulasi KPM/ Asasi Sains
a. Lulus SPM/Setaraf dengannya serta mendapat kepujian dalam Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia.
b. Lulus Matrikulasi KPM/Asasi Sains dengan mendapat sekurang-kurangnya NGMP 2.00.
c. Memenuhi Keperluan Khas Program
d. Mendapat Sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test(MUET)

iv. Kemasukan Lepasan STAM
a. Lulus SPM/Setaraf dengannya serta mendapat kepujian dalam Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia.
b. Mendapat sekurang-kurangnya Pangkat Jayyid dalam peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)
c. Memenuhi Keperluan Khas Program
d. Mendapat Sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test(MUET)

More info at: http://www.spaceutm.edu.my/portal/permohonan/PermohonanMain.aspx?contain=syaratam

2 comments:

  1. Saya nak tanya satu soalan...saya telahpun menamatkan pengajian ijazah kej awam daripada space utm pada dec 2007. masalahnya sekarang apabila saya ingin berdaftar dengan BEM di dapati degree yang saya perolehi belum mendapat pengitirafan daripada BEM..boleh bantu..

    ReplyDelete
  2. Nak tanya.. umur sy dah 22 tahun. Boleh tak sy apply diploma utm? Syarat program yang sy nak apply sesuai dgn result spm sy. Boleh bantu? Email sy abbuubaida16@gmail.com

    ReplyDelete