Sunday 7 March 2010

SPACE - Syarat Sarjana Muda Kejuruteraan Awam UTM

FAKULTI KEJURUTERAAN AWAM
(Kemaskini 12.03.09)
MISI
Menerajui kecemerlangan akademik dan pembangunan teknologi menerusi kreativiti.
OBJEKTIF
Objektif utama Fakulti ialah :-
1. Melahirkan graduan berkualiti melalui perlaksanaan kurikulum bersepadu yang memenuhi keperluan pasaran.
2. Mempertingkat dan memberi khidmat kepakaran kejuruteraan awam.
3. Memperluaskan hubungan strategik Universiti dan industri.
4. Memperbanyakkan hasil penyelidikan dan penulisan berkualiti.
5. Mempertingkat sistem pendidikan berterusan yang terancang.
6. Mempertingkat kemahiran dan kepakaran sumber manusia.
7. Meningkatkan budaya kerja berpasukan yang efektif dalam suasana kerja yang kondusif.
KURSUS YANG DITAWARKAN
Fakulti menawarkan satu program secara separuh masa iaitu :-
1. Sarjana Muda Kejuruteraan (Awam) - (SAW)
SYARAT KEMASUKAN
Memenuhi Syarat Am Universiti dan Keperluan Khas Program.
Syarat Am Universiti
1. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa
Melayu/Bahasa Malaysia atau kepujian Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia kertas Julai;
dan
2. Mempunyai Diploma atau kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannnya oleh Kerajaan Malaysia dan
diluluskan oleh Senat Universiti
dan
3. Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysia University English Test (MUET).
Keperluan Khas Program
1. Sarjana Muda Kejuruteraan Awam
1. Memiliki Diploma Kejuruteraan Awam dari UTM/setaraf dengan mendapat PNGK sekurang-kurangnya 2.70
atau ;
Bagi calon-calon yang mendapat PNGK kurang dari 2.70 tetapi mempunyai sekurang-kurangnya 2 tahun pengalaman
bekerja dalam bidang yang dipohon juga layak memohon.
dan
2. Lulus dengan kepujian dalam mata pelajaran Matematik di peringkat SPM/setaraf
3. Calon dikehendaki menghantar keputusan peperiksaan yang lengkap semasa Diploma (daripada semester
pertama hingga semester akhir) ke UTM. Calon juga dikehendaki mengemukakan salinan Diploma atau surat
pengesahan tamat pengajian.
Catatan :-
Tahun kemasukan dan tempoh pengajian sebenar adalah tertakluk kepada pengecualian kredit yang diluluskan oleh
UTM.

No comments:

Post a Comment